Komponen BN Perlu Bersedia - Muhyiddin - Semasa | mStar

Komponen BN Perlu Bersedia - Muhyiddin

GEORGE TOWN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan semua parti komponen bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan memperkemaskan jentera pilihan raya masing-masing mulai sekarang.

Katanya, PRU 13 adalah tumpuan utama Barisan Nasional (BN) kerana ia soal hidup atau mati dan disebabkan itu kesemua anggota parti diminta melupakan soal pemilihan parti masing-masing.

"Tumpukan pada pilihan raya dan kemaskan jentera masing-masing. Jangan fikir sangat soal lobi melobi atau siapa nak pegang jawatan kerana yang lebih penting ialah PRU 13 soal hidup mati parti, kita hendaklah lupakan soal pemilihan untuk sementara waktu," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Bayan Baru di sini, Ahad.

Beliau berkata BN perlu menggunakan pendekatan luar biasa untuk menyelesaikan masalah rakyat dan harus bersungguh-sungguh turun ke padang.

"Kalau BN negeri berhasrat untuk menebus kekalahan pada pilihan raya lepas, kita tidak harus memperkecilkan apa yang mereka (kerajaan negeri) buat.

"Sebaliknya, kita harus berusaha dan bekerja sebagai satu pasukan untuk mendapat balik sokongan rakyat," katanya.

Timbalan Perdana Menteri juga berkata pemimpin BN perlu akur dan jujur bahawa sememangnya terdapat kelemahan dalam parti masing-masing dan disebabkan itu mereka haruslah merancang apakah yang perlu dilakukan untuk mendapat semula sokongan rakyat.

"Kita hendaklah bangun daripada kekalahan dan memperkukuhkan organisasi bukan sahaja Umno tetapi juga semua komponen lain seperti MCA, Gerakan, MIC, PPP dan lain-lain," katanya.

Katanya, sememangnya telah terdapat tanda-tanda sokongan orang Melayu kepada BN, orang India kepada MIC dan sedikit orang Cina terhadap MCA dan Gerakan.

Beliau berkata pemimpin BN negeri tidak harus lupa dengan peranan mereka untuk membantu rakyat walaupun landskap politik telah berubah dan mereka menjadi pembangkang di Pulau Pinang. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain