suria

Tarif Elektrik: Kerajaan Kaji Laporan NEC Sebelum Umum Keputusan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mengkaji laporan hasil mesyuarat Majlis Ekonomi Negara (NEC) berhubung tarif elektrik.

Beliau berkata, penilaian yang terperinci akan dibuat sebelum sebarang keputusan mengenainya diumumkan.

"Apa-apa pun kita tengok dulu, kita tak boleh kata apa-apa," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, Jumaat.

Ditanya mengenai kesahihan laporan berita yang tersebar di beberapa laman web mengenai kenaikan tarif elektrik seperti yang didakwa diputuskan dalam mesyuaratt NEC pagi ini, Perdana Menteri berkata: "Itu laporan.. itu terpulang kepada dia (laman berita)."

Beberapa laporan di laman web tengah hari ini melaporkan bahawa NEC meluluskan kenaikan tarif elektrik yang butirannya akan diumumkan Isnin ini.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai keresahan rakyat berhubung kajian rasionalisasi subsidi yang akan dilaksanakan kerajaan, Najib yang juga Presiden Umno berkata, langkah berkenaan disalah ertikan oleh banyak.

Sebaliknya menurut beliau, kajian rasionalisasi berkenaan bertujuan mengurangkan kenaikkan subsidi.

"Sebenarnya banyak orang tak berapa faham bahawa ini bukan mengurangkan subsidi tapi sebenarnya mengurangkan kenaikan subsidi.

"Sebab subsidi bukan sahaja diberikan tapi bertambah iaitu daripada RM11 bilion naik kepada RM20 bilion.

"Jadi maknanya kita terpaksa cari lebih kurang RM8 bilion tambahan... bukan jumlah yang kecil," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain