suria

Pilihan Raya DUN: BN Tak Gusar Tindakan Pembangkang - Najib

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak gusar jika semua negeri yang diperintah pembangkang beria-ria mahu mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan seperti yang dicadangkan DAP.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, sebaliknya parti itu akan terus menumpukan kepada usaha secara menyeluruh bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

"Kita tak boleh terpengaruh dengan keputusan yang dibuat di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.

"Saya tak risau apa yang mereka akan buat sebab saya tak boleh kawal apa yang mereka akan buat.

"Saya akan beri pandangan yang berat tentang apa yang saya boleh buat," tegasnya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, Jumaat.

Beliau mengulas mengenai cadangan DAP kepada negeri-negeri yang ditadbir pembangkang supaya tidak membubarkan DUN sekiranya PRU-13 diadakan tahun ini.

Bagaimanapun Najib yang juga Presiden Umno berkata, pembangkang mempunyai hak untuk berbuat demikian memandangkan perkara itu tidak bertentangan dengan Perlembagaan.

"Ikut Perlembagaan mereka boleh nasihat raja, sultan atau gabenor untuk membubarkan DUN ataupun tidak.

"Raja ada kuasa untuk menolak (cadangan) tapi tak ada kuasa untuk membubar... itu kedudukan dari segi Perlembagaan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain