suria

Najib Pulang Dari Lawatan Ke Jepun

SEPANG: Datuk Seri Najib Tun Razak yang pertama kali menghadiri Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-17 semenjak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009, selamat tiba di tanah air malam Khamis.

Pesawat khas membawa Najib yang ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 11.40 malam.

Kepulangan Perdana Menteri disambut oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Najib telah menyampaikan ucaptama bertemakan "Menangani Cabaran Asia dan Tangani Kesukaran Melalui Integrasi Serantau", Khamis pada persidangan mengenai mada depan Asia anjuran kumpulan media antarabangsa, Nikkei Inc. dari Jepun. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain