suria

MT Umno Dijangka Bincang Tarikh Adakan Simulasi Pilihan Raya

PUTRAJAYA: Simulasi pilihan raya 'olok-olok' yang berkait rapat dengan persediaan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dijangka akan menjadi topik utama dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang akan bersidang petang Jumaat.

Mesyuarat pada Jumaat berkemungkinan besar akan membincangkan mengenai tarikh untuk mengadakan pilihan raya 'olok-olok' itu di semua bahagian di seluruh negara, yang dijadualkan pada Julai depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru pulang daripada lawatan kerja ke Jepun semalam akan mempengerusikan mesyuarat hari ini setelah ia ditangguhkan pada minggu lepas.

Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dijangka akan membentangkan kertas kerja 'dry run' itu pada mesyuarat pada Jumaat.

Beliau sebelum ini memaklumkan bahawa isu pilihan raya olok-olok itu telah dibincangkan di dalam Mesyuarat Pengurusan Umno minggu lepas yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain