suria

MITI Beri Indikasi Akan Kenaikan Tarif Elektrik Kepada Pihak Industri

SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada Jumaat telah memberi indikasi awal kepada pihak industri agar bersedia untuk berhadapan dengan kenaikan tarif elektrik tidak lama lagi.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed bagaimanapun berkata, sebarang kenaikan pada tarif sekarang akan dilakukan secara berperingkat.

Beliau menjelaskan, kenaikan itu adalah tidak dapat dielakkan bagi mengurangkan bebanan tanggungan subsidi.

Mustapa berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pusat khidmat pelanggan Kumpulan Sapura di sini Jumaat.

Adalah difahamkan, kenaikan pada tarif elektrik yang dijangkakan minggu hadapan adalah di antara 5-9%.

Artikel Sebelum

Artikel Lain