suria

KPT Sedia Bantu Jayakan Penubuhan Kolej KDM Di Sabah

KOTA KINABALU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedia membantu untuk menjayakan cadangan penubuhan Kolej Kadazandusun Murut atau Kolej KDM di Sabah.

"Bagaimanapun, ia mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh kementerian...kita alu-alukan penubuhan Kolej KDM ini," kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung kepada pemberita sempena majlis perjumpaan beliau dengan wakil institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini, Jumaat.

Hou berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan Ahad lepas agar Kolej KDM itu dibina di kawasan Kaingaran, Tambunan.

Pairin yang juga Huguan Siou bagi kaum Kadazandusun Murut berkata pegawai Daerah Tambunan telah diarah untuk mengenalpasti lokasi sebenar pembinaan kolej itu.

Cadangan penubuhan kolej KDM dibuat oleh Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut (Pekadin) untuk membantu menyerlahkan peranan masyarakat Kadazandusun dan Murut dalam pendidikan seiring dengan wawasan negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain