Media Perlu Ambil Jalan Tengah Yang Sederhana - Semasa | mStar

Media Perlu Ambil Jalan Tengah Yang Sederhana

Buku On The Beat, karangan Wong Chun Wai yang dilancarkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Kuala Lumpur, Rabu.
Buku On The Beat, karangan Wong Chun Wai yang dilancarkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Kuala Lumpur, Rabu.

KUALA LUMPUR: Wartawan perlu mengambil jalan sederhana dalam setiap laporannya selaras dengan peranan media sebagai penyuntik inspirasi dan bukannya pemecah belah perpaduan negara.

Ketua Pengarang Kumpulan Star Publications (M) Bhd, Datuk Seri Wong Chun Wai berkata, media bukan sahaja berfungsi sebagai perakam sejarah negara bahkan mendukung etika kewartawanan yang membawa harapan kepada rakyat.

Para wartawan, katanya, memainkan fungsi utama untuk menyampaikan berita kepada orang ramai dengan pendekatan bertamadun serta bermaruah.

"Kita panggil daun sped daun sped iaitu cakap berterus terang. Kita tidak mereka-reka berita semata-mata untuk melariskan jualan.

"Kita sepatutnya membincangkan isu-isu dalam nada baik tanpa menjatuhkan atau mencaci sesiapa," katanya pada majlis pelancaran buku 'On The Beat' hasil nukilan beliau di sini, Rabu.

Buku tersebut merupakan himpunan artikel-artikel terpilih beliau yang disiarkan dalam ruangan 'On The Beat', dalam akhbar Sunday Star sejak kemunculan pertamanya pada 23 Februari 1997.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyempurnakan pelancaran buku tersebut dengan disaksikan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Star, Datin Linda Ngiam dan Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Operasi Star, Ho Kay Tat.

Menurut Wong yang juga Pengarah Eksekutif kumpulan, syarikat media barangkali mempunyai pendekatan berbeza-beza dalam laporan mereka tetapi objektif akhirnya haruslah kearah menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik.

"Jika kita mengambil jalan tengah, jalan yang moderat dan sederhana kita akan bergerak kearah jalan yang lurus yang akan membawa kita ke destinasi yang kita pilih. Tetapi jika kita memilih untuk berhaluan kiri mahupun kanan, akhirnya kita akan tersasar keluar dari jalan lurus yang patut membawa kita ke destinasi sebenar kita," ujarnya. Buku 'On The Beat' menyingkap perkembangan politik dan sosial Malaysia sejak 14 tahun lalu.

Artikel-artikelnya dikategorikan mengikut bahagian politik, perpaduan, rasuah, pendidikan, media dan lain-lain.

'On The Beat' boleh diperolehi di kedai-kedai buku popular tanah air seperti MPH, Borders dan Popular mulai Khamis.

Ia dijual pada harga RM38 senaskhah.

Hasil jualan buku tersebut akan disumbangkan kepada Rumah Kebajikan Kenosis yang terletak di Jalan Kelang Lama di sini.

Sementara itu, Ho dalam ucapan alu-aluannya berkata, penerbitan buku 'On The Beat' itu kena pada masanya iaitu bersempena dengan ulangtahun The Star yang ke-40 yang akan disambut September ini.

Beliau turut berharap Wong akan menghasilkan buku susulan yang kedua iaitu, On The Beat II.

"Seluruh warga Star juga ingin mengucapkan selamat hari jadi yang ke-50 kepada Chun Wai yang kebetulan jatuh pada hari ini, walaupun kita tahu, beliau cuba menyembunyikannya daripada kita semua. tetapi menjadi wartawan kami tetap berjaya menghidunya," kata Ho dalam nada bergurau.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain