SELPEX 2011 Sasar Pembeli Muda Miliki Rumah Pertama - Semasa | mStar

SELPEX 2011 Sasar Pembeli Muda Miliki Rumah Pertama

SHAH ALAM: Ekspo Hartanah Dan Gaya Hidup (SELPEX 2011) menyasarkan golongan belia berusia 35 ke bawah sebagai menyokong kempen Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh kerajaan.

Ketua Pegawai Ekskutif SACC, Datuk Zulkifli Mohamad berkata, tema itu dipilih bagi memberi peluang kepada golongan muda untuk memiliki rumah idaman mereka selain semua syarikat hartanah dapat mempromosikan produk mereka.

"Kita mensasarkan golongan itu bagi menyokong hasrat kerajaan untuk melihat golongan muda yang berpendapatan 35 tahun ke bawah dapat memiliki rumah idaman mereka.

"Selain itu juga dapat memberi peluang kepada syarikat hartanah untuk mempromosikan produk mereka dan berharap pameran ini dapat memberi peluang kepada pengunjung untuk meninjau lebih banyak gerai jualan," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, pihaknya menjangkakan lebih 30,000 pengunjung akan hadir pada ekspo yang bakal berlangsung di perkarangan SACC pada 10 hingga 12 Jun depan, bermula pada pukul 10 pagi hingga 8 malam.

Katanya, setakat ini lebih 60 peserta pameran telah pun bersetuju untuk mengambil bahagian dalam eskpo tersebut di antaranya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Sime Darby Property, Glomac Berhad, Naza TTDI dan Worlwide Holdings Berhad.

"SELPEX 2011 bukan sahaja membuka ruang kepada pengunjung untuk mendapatkan makluamt tentang tips membeli rumah, pengunjung juga boleh mendapatkan khidmat nasihat percuma berkaitan hiasan dalaman, landskap, seni bina dan gaya hidup," katanya.

Malah katanya, ekspo itu juga turut mendapat sokongan institusi kewangan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredik (AKPK), CIMB, Maybank dan HSBC bagi memberi bantuan mengenai tips dan nasihat kewangan untuk membeli rumah terutamanya yang berminat dengan SRP.

"Para pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai hampir RM500,000 selain 100 orang pertama yang hadir akan menerima baucar produk gaya hidup dan kesihatan bernilai lebih RM348,000," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain