suria

PM Berlepas Ke Jepun

SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu telah berlepas ke Tokyo, Jepun untuk lawatan kerja selama dua hari.

Beliau yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada jam 1.03 petang.

Najib dijangka menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Ke-17 Nikkei esok, yang merupakan Persidangan Antarabangsa Nikkei yang pertama dihadirinya sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009.

Beliau juga dijangka akan mengadakan mesyuarat meja bulat dengan Pertubuhan Ekonomi Jepun-Malaysia (Jameca) yang akan diwakili pegawai kanan daripada syarikat-syarikat seperti Sumitomo Corporation dan Toshiba.

Perdana Menteri dan delegasinya dijangka kembali semula ke tanah air malam esok.-BERNAMA

Artikel Lain