suria

Pembaiki Telefon Bimbit Didakwa Sebabkan Kematian Lelaki

KUALA LUMPUR: Seorang pembaiki telefon bimbit dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Rabu atas tuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki, dua minggu lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadap Chia Jiunn Yee, 27, di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin.

Mengikut pertuduhan, Chia yang berasal dari Batu Caves, Selangor didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian terhadap Seet Wei Lung, 34, di hadapan rumah No: 50 hingga No: 64, Jalan Intan Baiduri 5D, Taman Intan Baiduri, Kepong, di sini pada 3 pagi, 7 Mei 2011.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 300 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Sekyen 302 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 25 Julai depan untuk sebutan semula kes. -BERNAMA

Artikel Lain