suria

Ketuk Rakan Sampai Koma Kerana Main Gitar

KUALA TERENGGANU: Hanya kerana berang dengan rakannya yang memain gitar pada lewat malam, seorang warga Myanmar dituduh mencederakan rakannya itu menggunakan penukul besi dan boleh dihukum 20 tahun penjara jika didapati bersalah.

Biak Lam, 23 didakwa memukul rakan senegaranya, A. Bawi, 31 di sebuah kuarters pekerja di Ladang Espek dekat Dungun sekitar pukul 12.30 malam pada 13 Mei.

Dia didakwa hilang sabar lalu memukul rakannya dengan tukul besi selepas rakannya itu enggan berhenti bermain gitar.

Mangsa masih berada di dalam keadaan koma dan sedang dirawat di Hospital Sultanah nur Zahirah, di sini.

Kesalahan terbabit berada di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan di atas kesalahan mencederakan dengan niat.

Tertuduh mengaku tidak bersalah.

Pendaftar Mahkamah Seksyen, Rosila Nik menetapkan tarikh 26 Jun untuk sebutan semula.

Pada 16 Mei. tetuduh menyerang mangsa ketika mangsa sedang tidur.

Sebelum kejadian, mangsa itu bermain gitar yang bunyinya dikatakan mengganggu tertuduh yang sedang tidur.

Tertuduh cuba menyembunyikan perbuatannya dengan membawa mangsa ke tepi jalan dengan niat mengelirukan pihak polis bahawa mangsa dilanggar kereta namun ditangkap pihak polis semasa melakukannya.

Artikel Lain