suria

Dana Pelajaran RM30 Juta Untuk Pelajar Miskin

KUALA LUMPUR: MCA mengumumkan bahawa mereka telah menyediakan dana pelajaran berjumlah RM30 juta untuk dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar miskin yang cemerlang.

Dana pelajaran tersebut terbuka kepada semua kaum.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ketika mengumumkan demikian berkata, dana pelajaran tersebut merupakan pinjaman bebas faedah kepada pelajar-pelajar miskin.

Bendahari Agung parti, Datuk Seri Tan Chai Ho telah dipertanggungjawabkan untuk membentuk sebuah jawatankuasa bagi memastikan bagaimanakah bantuan berkenaan akan diberikan.

Artikel Lain