Pengambilan Kakitangan Baru Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan Dibekukan 3 Bulan - Semasa | mStar

Pengambilan Kakitangan Baru Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan Dibekukan 3 Bulan

SEREMBAN: Untuk tempoh tiga bulan mulai 1 Jun, semua pengambilan kakitangan baru dalam sektor perkhidmatan awam bagi mengantikan kekosongan jawatan yang disebabkan oleh kematian atau persaraan, tidak akan dilakukan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pengambilan dan Gaji Kakitangan Awam pada 6 Mei lalu.

Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Abu Bakar berkata demikian dalam satu pekeliling perkhidmatan awam yang diedarkan kepada seluruh jabatan baru-baru ini.

Buat masa ini terdapat 1.2 juta kakitangan awam yang berkhidmat di seluruh negara.

Arahan pembekuan pengambilan kakitangan gantian itu termasuklah pengambilan kakitangan baru untuk semua negeri, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan dan jabatan-jabatan persekutuan.

Bagaimanapun, Abu Bakar menjelaskan, calon-calon yang telahpun dipanggil untuk temuduga sebelum pekeliling baru itu dikeluarkan akan dibenarkan untuk terus dipertimbang untuk mengisi perjawatan berkenaan.

Abu Bakar berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam akan terus mengaudit keperluan setiap jabatan dan agensi dalam mengisi kekosongan jawatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain