PETALING JAYA: Kapal misi bantuan bekalan makanan ke Gaza, The Spirit of Rachel Corrie (MV Finch) kini sedang melakukan percubaan kedua untuk menyalurkan bantuan ke bumi Palestin itu.Percubaan pertama misi tersebut pada 16 Mei lalu gagal apabila pelayaran mereka dihalang oleh Tentera Laut Israel. Mereka kemudiannya telah belajar memasuki perairan Mesir.Menurut satu kenyataan akhbar Perdana Global Peace Foundation, di sebalik segala rundingan dan komunikasi dengan pihak berkuasa pelabuhan El Arish, mereka masih tidak dapat lampu hijau untuk menyalurkan bantuan berkenaan kepada penduduk Palestin di Gaza.Kata kenyataan itu lagi, Tentera Laut Mesir telah mengarahkan MV Finch back agar kembali ke perairan antarabangsa setelah usaha untuk berlabuh di pelabuhan El Arish menemui kegagalan. Mereka telah tersadai selama seminggu di luar pelabuhan berkenaan.“Kini kesemua anak kapal telah bersetuju sebulat suara untuk cuba sekali lagi memasuki perairan Gaza,” jelas kenyataan itu lagi.