suria

Ismail Adam Dilantik Anggotai Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Pengarah Perkhidamatan Awam, Tan Sri Ismail Adam pada Isnin dilantik sebagai Anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).

Surat pelantikan diserahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Ismail di pejabat Timbalan Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Zakaria Jaafar.

LPPR ditubuh bagi memberi nasihat kepada kerajaan berhubung tindakan dan tatacara memerangi rasuah di Malaysia. - BERNAMA

Artikel Lain