suria

'Hidup Macam Dalam Neraka' - Kapten Kapal

PORT KLANG: Mereka ditahan atas kapal yang membawa muatan kargo sejak lebih setahun yang lalu tanpa bekalan makanan, air yang mencukupi serta tidak dibayar gaji bukan itu sahaja, mereka turut dipaksa tidur di dek terbuka.

15 anak kapal ini ditahan kerana kapal kargo yang mereka naiki didakwa terlibat dalam satu pertikaian undang-undang.

Kapal MV Banga Biraj yang membawa 11,690 tan metrik Chittagong tidak dibenarkan belayar dan terkandas serta berkarat sejak berlabuh di Northport.

Pengemudi kapal, Kaptern A. K. M. Alamgir berkata dengan keadaan yang menyedihkan di atas kapal tersebut telah menyebabkan salah seorang anak kapal cuba membunuh diri sementara seorang lagi mendakwa isterinya yang tinggal di Dhaka telah mengancam untuk meninggalkan kerana dia telah lama meninggalkan rumah.

Oleh itu, 13 rakyat Bangladesgh dan 2 warga Indonesia tersebut meminta bantuan daripada kerajaan Malaysia supaya membebaskan kerana mereka sangat keletihan dan sudah tidak mampu menanggung kesengsaraan mental yang dahsyat.

Pada mulanya, kapal tersebut membawa 23 anak kapal, namun lapan daripada mereka telah pulang ke negara asal masing-masing kerana tidak sanggup menghadapi situasi tersebut.

Empat daripada mereka telah membeli tiket penerbangan sendiri sementara empat yang lain pergi ke syarikat kakak kepada pemilik kapal, Banga Bador ketika ia berlabuh di pelabuhan tersebut.

Baki 15 anak kapal yang tinggal berharap gaji mereka dibayar kerana mereka tidak menerima apa-apa bayaran sejak lapan bulan lalu.

Kapal kargo itu berhadapan dengan masalah apabila Mahkamah Tinggi mengarahkan Northport menahan kapal tersebut pada 4 Mei tahun lalu.

Northport menuntut ganti rugi daripada pemilik kapal HRC Shipping Ltd di Dhaka selepas kapal Banga Biraj yang sedang belayar berlanggar dan merosakkan dua bagan kren di Dermaga 9, pada September 2009. Lebih memburukkan keadaan ialah apabila, HRC Shipping sedang menghadapi masalah tuntutan yang sangat kompleks dengan syarikat insuransnya.

“Sejak kapal ini ditahan kami dipaksa tinggal di atas kapal dan dilayan seperti banduan di penjara. Ini adalah pencabulan hak asasi manusia terhadap kelasi kapal,” katanya dalam satu temubual di atas kapal tersebut.

Menurutnya, dia telah menulis surat kepada HRC Shipping untuk memaklumkan mengenai krisis tersebut namun sehingga ini tiada sebarang jawapan diterima.

“Tempat ini sangat panas dan tidak ada udara. Kami hidup seperti dalam neraka. Penyaman udara juga tidak berfungsi dan saya terpaksa tidur atas sofa pejabat sementara anak kapal yang lain tidur di dek terbuka setiap malam,” katanya.

Difahamkan wakil tempatan HRC Shipping memperuntukkan RM60 untuk setiap anak kapal pada setiap minggu untuk membeli makanan bagaimanapun jumlah tersebut tidak mencukupi.

Berdasarkan pemeriksaan dengan Northport mendedahkan bahawa mereka tidak lagi bertanggungjawab terhadap penahanan kapal kargo tersebut selepas mereka menerima pampasan RM 5.5 juta daripada syarikat insurans, Takaful Insan bagi membaiki kerosakan peralatan pelabuhan tersebut.

Ketika dihubungi, Pengarah Jabatan Laut, Kapten Jailani Jalal melahirkan rasa terkejut dan tidak menyangka apabila diberitahu mengenai keadaan anak kapal Banga Biraj.

“Ini merupakan satu perkara yang amat serius. Saya akan memanggil wakil tempatan kapal tersebut kerana dia bertanggungjawab terhadap kebajikan krew kapal,” katanya.

Artikel Lain