suria

Dr. Mahathir Mula Jalani Senaman Pemulihan

PETALING JAYA: Rawatan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad kini difokuskan kepada senaman pemulihan melibatkan aktiviti berjalan di sekitar wad selain fisioterapi dada.

Menurut Pegawai Khas bekas Perdana Menteri, Sufi Yusoff, kesihatan Dr. Mahathir juga terus menunjukkan peningkatan dan beliau kini beralih kepada pil antibiotik menggantikan rawatan intravena di Institut Jantung Negara (IJN).

"Selera makan Dr. Mahathir juga bertambah baik dan doktor gembira dengan perkembangan itu," katanya melalui e-mel kepada mStar Online di sini, Selasa. Negarawan berusia 86 tahun itu dimasukkan ke IJN pada Rabu lepas kerana jangkitan pada dada setelah mengalami batuk dan demam

Sufi berkata bekas Perdana Menteri akan terus menerima rawatan di IJN bagi membolehkan doktor meneliti perkembangannya.

Dalam pada itu, Sufi memberitahu, Dr Mahathir tidak akan menghadiri Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-17 di Tokyo, Jepun pada Khamis ini seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Beliau berkata sungguhpun bekas Perdana Menteri itu bersetuju untuk menghadiri persidangan itu, doktor telah menasihatinya agar tidak membuat perjalanan jauh buat masa ini

Artikel Lain