suria

SAPP Sedia Runding Dengan Pakatan Pembangkang

KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) sudah bersedia untuk mengadakan rundingan dengan pakatan pembangkang bagi mencari jalan untuk menentang Barisan Nasional (BN) di Sabah pada pilihan raya umum akan datang.

SAPP telah membentuk sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan naib presiden Dullie Marie bagi mengadakan perbincangan dengan panel tiga anggota pakatan dari parti DAP.

"SAPP kini menunggu pengumuman dari naib presiden pakatan Fuziah Salleh," kata Dullie dalam kenyataan di sini Isnin.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini meramalkan BN mungkin membubarkan Parlimen bagi mengadakan PRU seawal Julai tahun ini.

Dullie berkata rundingan antara SAPP dan pakatan pembangkang adalah penting bagi menghadapi BN atas dasar 'satu lawan satu' pada PRU akan datang.

'Sebaik rundingan selesai, SAPP dan pakatan boleh mengatur jentera pilihan raya masing-masing secara lebih berkesan," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain