suria

MB Selangor Batal Hadiri Seminar Di Amerika Syarikat

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membatalkan program menghadiri seminar kepimpinan di Institut Aspen Colorado, Amerika Syarikat, berikutan tragedi tanah runtuh di Batu 14, Hulu Langat dekat sini yang mengorbankan 16 nyawa.

Pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataan akhbar di sini berkata, Abdul Khalid dijangka tiba di tanah air petang Isnin dan akan melawat mangsa yang selamat serta bertemu anggota keluarga mangsa yang terkorban.

"Kerajaan negeri menyediakan penempatan sementara kepada penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa dan anggota keluarga mereka yang terlibat di Azwen Resort, Hulu Langat," kata kenyataan itu, Ahad.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang semalam, 16 orang terkorban manakala sembilan yang lain cedera.-BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain