Mahkamah Tetapkan Tarikh Muktamad Untuk Penulis Blog Jawab Saman Rais - Semasa | mStar

Mahkamah Tetapkan Tarikh Muktamad Untuk Penulis Blog Jawab Saman Rais

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menetapkan 2 Jun ini sebagai tarikh muktamad bagi seorang penulis menjawab saman terhadapnya oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berhubung artikel didakwa berbaur fitnah.

Pesuruhjaya Kehakiman Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan tarikh itu supaya Ahmad Mutalib Mohamed Daud, yang juga penganalisis politik, hadir di mahkamah pada hari berkenaan.

Hakim Amelia menetapkan tarikh itu selepas menemui peguam Sahabudin Shaik Alaudin, yang mewakili Rais.

Seorang lagi peguam yang mewakili menteri itu, Norhani Nordin, memberitahu pemberita bahawa jika Ahmad Mutalib atau peguamnya tidak hadir ke mahkamah pada tarikh berkenaan, satu permohonan akan dibuat agar mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Ahmad Mutalib.

Norhani berkata pihaknya telah menampal saman itu di alamat terakhir Ahmad Mutalib di Sabah selepas dia tidak dapat dikesan untuk saman itu disampaikan secara peribadi kepadanya.

Itu merupakan usaha terakhir menyerahkan saman itu terhadapnya selepas syarikat guaman yang mewakili Rais itu telah mengiklankan saman itu di akhbar-akhbar Sabah pada 13, 14 dan 15 April lepas, selain menampalkan saman itu di papan notis Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 10 Februari, Rais memfailkan saman itu selepas empat artikel yang dianggapnya berunsur fitnah bertarikh 1, 3, 5 dan 7 Jan, dimasukkan oleh Ahmad Mutalib dalam laman web Sabahkini di http://sabahkini.net.

Penulis blog itu mempunyai alat berdaftarnya di Kota Kinabalu.

Dalam kenyataan tuntutannya, Rais berkata beberapa perkataan dalam artikel-artikel itu berniat jahat dan memfitnah beliau sehingga mencemarkan reputasi peribadi dan profesionalnya di peringkat negara dan antarabangsa serta mendatangkan rasa malu dan tekanan kepada beliau.

Beliau menuntut ganti rugi-ganti rugi am, khas, teruk dan teladan selain memohon perintah supaya Ahmad Mutalib mengeluarkan semua perkataan dan perenggan memfitnah beliau daripada artikel itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mahkamah Tolak Bantahan Anuar Zain

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain