suria

Ketua Pasukan Tindakan Khas PCM Meninggal Dunia

GEORGE TOWN: Ketua Pasukan Tindakan Khas Parti Cinta Malaysia (PCM) Tham Weng Fatt, 56, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang akibat sakit jantung pagi Isnin.

Naib presiden PCM, Huan Cheng Guan, berkata Tham yang dalam rondaan hariannya pagi ini tiba-tiba mengalami kesesakan nafas di kawasan Komtar.

"Menurut pihak hospital, Tham sendiri membuat panggilan ke hospital pada 4 pagi tadi mengadu bahawa beliau mengalami kesesakan nafas dan meminta ambulans," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Huan, yang membawa Tham menyertai PCM tahun lepas, menyifatkan Tham seorang yang rajin turun padang untuk membantu rakyat.

Ketua Pemuda PCM Liew Yeow Hooi berkata doktor memberitahu ahli keluarga Tham bahawa sebab kematian adalah masalah lemah jantung.

Tham, seorang duda, meninggalkan seorang anak perempuan berusia 20an yang kini belajar di Singapura. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain