suria

Tragedi Tanah Runtuh: 7 Jenazah Akan Dikebumi Dalam Satu Liang Lahad

KAJANG: Ini adalah berita yang baru diterima daripada wartawan mStar Online, Ariffuddin Ishak di tempat kejadian.

Tujuh daripada 16 jenazah mangsa kejadian tanah runtuh yang menimpa dan memusnahkan Rumah Anak Yatim Hidayah Hulu Langat dekat sini akan dikebumikan di dalam satu liang lahad.

Majlis pengkebumian kesemua jenazah itu akan dilangsungkan selepas solat Zohor.

Jenazah mangsa-mangsa yang lain sudah dituntut oleh keluarga masing-masing dan diuruskan sendiri oleh mereka.

Artikel Lain