suria

Menteri Negara Britain Sedih Dengan Tragedi Tanah Runtuh

KUALA LUMPUR: Menteri Negara Britain bagi Hal Ehwal Asia Tenggara di Pejabat Luar dan Komanwel, Jeremy Browne, melahirkan rasa sedih dengan tragedi tanah runtuh yang menimpa sebuah rumah anak yatim di Kampung Gahal, Hulu Langat dekat sini.

"Saya berasa amat sedih apabila mendengar berita mengenai kejadian tanah runtuh yang mengorbankan beberapa anak yatim di Selangor.

"Saya mengucapkan takziah dan turut bersimpati dengan semua yang terlibat, termasuk pekerja penyelamat yang saya tahu bekerja keras untuk mengeluarkan seberapa ramai mangsa yang mungkin," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Britain, Sabtu.

Browne berkata beliau menyedari betapa tragedi malang itu turut dirasai seluruh rakyat Malaysia.

Sehingga 11.30 malam, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan 19 mangsa yang tertimbus, termasuk mayat lapan kanak-kanak dan dua dewasa penghuni Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.

Rumah anak yatim itu, yang terletak berhampiran sebuah bukit, mempunyai 49 penghuni termasuk lima penjaga. - BERNAMA

Artikel Lain