suria

PGM tawau Rampas Barangan Kawalan Bernilai RM12,000

TAWAU: Pasukan Gerakan Marin (PGM) Tawau merampas pelbagai jenis barangan termasuk barangan kawalan bernilai RM12,423 yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran semalam.

Pemangku Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM Tawau ASP Krishnan Ramasamy berkata barangan yang dirampas itu ialah 216kg gula pasir, 340kg minyak masak, 1,352 bungkus sosej dan 532kg daging beku.

Rampasan dilakukan di kawasan perairan Tawau pada pukul 12.30 tengah hari ketika pemeriksaan dibuat terhadap sebuah feri penumpang yang dalam perjalanan dari Tawau ke Tarakan, Indonesia, katanya.

Beliau berkata kesemua barangan yang disimpan di ruang kargo dan tempat duduk penumpang itu dirampas selepas didapati tidak memiliki dokumen kastam.

Tiada penumpang yang mengakui barangan itu milik mereka, katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain