suria

Pemuda Mati Lemas Tersangkut Pukat

PASIR PUTEH: Seorang pemuda dijumpai mati lemas di dalam parit di Kampung Lembah, Semerak, pada Rabu.

Mayat Wan Mohd Azri Wan Sulaiman, 23, dijumpai terapung pada pukul 7.10 petang, kata Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Kaharuddin Yahya.

"Sebelum itu Wan Mohd Azri dilapor menahan pukat berhampiran pintu kawalan air pasang surut dalam parit sedalam 15 meter itu. "Dia dipercayai lemas selepas salah satu anggota badannya secara tiba-tiba tersangkut pada pukat yang dipasangnya," katanya ketika ditemui di sini, Khamis.

Mayat Wan Mohd Azri dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini untuk bedah siasat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain