Pemandu Lori Mengaku Tidak Bersalah Dera Anak Kandung - Semasa | mStar

Pemandu Lori Mengaku Tidak Bersalah Dera Anak Kandung

KLANG: Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Khamis, atas tuduhan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap anak perempuannya berusia 13 tahun dengan memukul mangsa menggunakan kayu.

K. Segar, 39, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas tuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nadia Othman.

Tertuduh yang berasal dari Bentong, Pahang didakwa melakukan kesalahan itu terhadap S. Anusia, di rumah No:8-15, Blok E, Perdana Villa Apartment, Jalan Sungai Jati, Taman Sentosa di sini, antara 25 Dis tahun lepas sehingga akhir bulan lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Puteri Iskandariah Md Tahir membantah sebarang ikat jamin kerana pertuduhan menggambarkan kekejaman yang dilakukan tertuduh terhadap mangsa meskipun tertuduh adalah bapa kandungnya sendiri dan ia melibatkan kepentingan awam.

Segar yang tidak diwakili peguam bagaimanapun tidak memohon kepada mahkamah untuk diikat jamin atas alasan tiada penjamin.

Nadia yang membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya menetapkan 3 Jun depan untuk sebutan kes bagi tertuduh melantik peguam dan 28 Jun sebagai tarikh perbicaraan kes.

Jumaat lepas, teman wanita Segar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah ke atas Anusia dengan menyimbah air panas dan memukul mangsa menggunakan getah paip serta kayu besar.

Tertuduh, Shalina Sundiri Abdullah, 41, turut didakwa memasukkan batang kayu mop dan cili padi ke dalam kemaluan kanak-kanak malang itu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 326, Seksyen 324 dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Kes penderaan Anusia terbongkar apabila Shalina menghantar mangsa ke satu pusat jagaan kanak-kanak di Taman Radzi di sini pada 6 Mei lalu.

Kakitangan pusat itu ternampak kesan kecederaan pada kanak-kanak itu dan kemudian membuat laporan polis.

Menurut laporan akhbar, kanak-kanak malang itu patah tangan kirinya dan terdapat kesan melecur pada tapak tangan dan keseluruhan tubuhnya dipercayai disimbah dengan air panas.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil yang melawat kanak-kanak itu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, baru-baru ini, berkata kanak-kanak itu kini dalam perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Shahrizat berkata mangsa perlu diberikan kaunseling secara berterusan berikutan trauma penderaan dahsyat yang dilaluinya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain

Awas! Obesiti boleh sebabkan kanser