suria

Khairy Bimbang Anggota Umno Dedah Hasil Mesyuarat Tertutup

PUTRJAYA: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata terdapat anggota Umno yang mendedahkan dalam media sosial perkara-perkara yang dibincangkan atau diputuskan dalam mesyuarat tertutup parti dan perbuatan ini harus dihalang.

Katanya walaupun Umno mengamalkan konsep keterbukaan dan ketelusan, budaya kerahsian perlu dihormati dan dipatuhi demi kebaikan dan kepentingan parti.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Putrajaya di sini rabu malam.

Khairy berkata beliau akan membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

"Kita ada pengalaman...lepas mesyuarat bukan sahaja dedahkan melalui facebook dan twitter tetapi terus SMS," katanya. Beliau berkata perkara itu perlu diberi perhatian kerana Umno perlu mempunyai tata etika yang menyatakan secara spesifik bahawa apa sahaja perbincangan dan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat tertutup, tidak boleh didedahkan dalam media sosial.

Khairy juga berkata Pemuda Umno sedang mengenal pasti 112,000 anggotanya yang belum mendaftar sebagai pemilih. Menurutnya pergerakan itu menetapkan masa dua bulan untuk menyempurnakan tugas itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain