suria

Dua Pengarah PDRM Terima Darjah Kepahlawanan Daripada Agong

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Khamis berkenan mengurniakan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada dua pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada istiadat yang berlangsung di Istana Negara di sini. Mereka adalah Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik PDRM Datuk Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Datuk Robiah Abdul Ghani, yang mengetuai senarai 253 penerima sempena Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis.

Selain itu, 26 orang menerima darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP), antaranya termasuk Timbalan Pengarah Perancangan dan Strategik Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Datuk Mazlan Mansor dan Komander Pasukan Gerakan Am Briged Utara Datuk Azman Yusof.

Pada istiadat itu juga, 58 orang menerima darjah Pahlawan Pasukan Polis (PPP), 10 orang menerima Kesatria Pasukan Polis (KPP) dan 157 orang menerima Bentara Pasukan Polis (BPP). -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain