suria

Dr. Mahathir Berikan Respons Baik Terhadap Rawatan

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan respons yang baik terhadap perubatan dan fisioterapi yang sedang dilakukan ke atas beliau di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Menurut Pegawai Khas bekas Perdana Menteri itu, Sufi Yusoff, Dr. Mahathir juga makan dengan baik dan doktor gembira dengan kadar tindak balas terhadap rawatan berkenaan.

"Beliau akan terus menerima rawatan antibiotik intravena dan fisioterapi dada, beliau juga dijangka terus berada di IJN untuk beberapa hari lagi,” katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Dr. Mahathir dimasukkan ke IJN pada Rabu kerana jangkitan pada dada setelah mengalami batuk dan demam.

Sufi berkata, doktor juga menasihatkan beliau agar tidak menerima pelawat kecuali anggota keluarga terdekat sahaja.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain