suria

Penggangur Didakwa Kerana Cederakan Tukang Urut

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Rabu atas tuduhan mencederakan seorang tukang urut dengan menggunakan sebilah parang, dua bulan lepas.

Mengikut kertas pertuduhan S. Sangger, 40, dari Batu Caves, Selangor didakwa menyebabkan kecederaan parah ke atas Kathleen Rekha Pubalan, 27, di sebuah bilik bernombor 1515, Tingkat 15, Seasons Tower, Jalan 1/77B, Off Changkat Thambi Dollah, Dang Wangi di sini, antara pukul 5.30 pagi dan 6 pagi, 6 Mac lepas.

Lelaki itu yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat, jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Chew Zi Xian memohon supaya tertuduh tidak ditawarkan ikat jamin berikutan tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada 18 Mac lepas atas tuduhan membunuh.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat kemudiannya membenarkan pemohonan itu dan menetapkan 16 Jun ini untuk sebutan kes. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain