Penganggur Dituduh Cederakan Tukang Urut - Semasa | mStar

Penganggur Dituduh Cederakan Tukang Urut

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas tuduhan mencederakan seorang tukang urut dengan menggunakan sebilah parang.

S. Sangger, 40, didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Kathleen Rekha Pubalan, 27, pada antara pukul 5.30 dan 6 pagi, 6 Mac lalu.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukannya di sebuah bilik nombor 1515, Tingkat 15, Seasons Tower, Jalan 1/77B, Off Changkat Thambi Dollah, Dang Wangi, di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Chew Zi Xian yang tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan kes disebut semula pada 16 Jun depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Almy Nadia lahir anak perempuan ketiga

"Kami sudah beri yang terbaik" - Aidil

Peng Soon, Liu Ying tinggalkan BAM