suria

Muhyiddin Tiba di Kuching Sempena Sambutan Hari Guru

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk menyempurnakan majlis pelancaran sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-40 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCKK) di sini.

Ketibaan Muhyiddin bersama isterinya Datin Seri Norainee Abdul Rahman dengan pesawat khas pada kira-kira pukul 1.30 petang itu disambut oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Puan Seri Ragad Kurdi Taib serta Presiden Parti Rakyat Sarawak Datuk Seri Dr James Jemut Masing dan beberapa pegawai kerajaan persekutuan dan negeri.

Sempena sambutan Hari Guru dengan tema "Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara" tahun ini pelbagai program diatur sejak 12 Mei lalu seperti pertandingan bahas guru di Maktab Perguruan Batu Lintang, dan forum Pendidikan di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuching.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dijangka meluangkan masa untuk melawat tapak pameran pendidikan di Tebingan Sungai Kuching di sini yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran sejak 13 Mei lalu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain