Lelaki Maut Dalam Kemalangan Dua Motosikal - Semasa | mStar

Lelaki Maut Dalam Kemalangan Dua Motosikal

BESUT: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh oleh sebuah lagi motosikal di kilometer 25 Jalan Jerteh Keruak, Hulu Besut, di sini pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata kemalangan berlaku pada kira-kira pukul 7.15 pagi semasa Awang Sidek, 53, bersama isterinya Kamariah Mustafa, 48, sedang dalam perjalanan hendak ke kebun getah mereka.

Beliau berkata Awang Sidek dari Kampung Pasir Badak, Hulu Besut, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala serta muka, manakala Kamariah yang membonceng, mengalami kecederaan parah termasuk patah lengannya, dan kini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Seorang lagi penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan itu, Mohamad Anuar Mat Husin, 21, dari Kampung Panchor, yang merupakan saudara sepupu kepada Awang, kini dirawat di HUSM kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan muka.

Bercakap kepada pemberita ketika dihubungi di sini Kamaruddin berkata semasa kejadian, pasangan suami isteri itu sedang dalam perjalanan ke kebun getah mereka di Kampung Seberang La, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Katanya ketika Awang membelok memasuki simpang ke kebun getah, motosikalnya dirempuh dari belakang Mohamad Anuar yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Sekolah Kebangsaan Kampung La, dekat sini.

Sementara itu di KUANTAN, Pahang, seorang pemandu lori maut dalam satu kemalangan membabitkan dua buah lori di Km17 Jalan Lipis-Merapoh petang semalam.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 7.05 petang semasa K.Manugaran, 41, sedang memandu lori satu tan dari arah Lipis ke Merapoh.

"Sampai tempat kejadian lori yang dipandunya terbabas sebelum bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata Manugaran meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan, manakala pemandu sebuah lagi lori hanya mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu beliau berkata sembilan kes kemalangan maut berlaku sejak 13 Mei lepas di Pahang, dan menurutnya kemalangan dalam tempoh tiga hari itu mengakibatkan 11 nyawa terkorban, kebanyakannya penunggang motosikal. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Liwat II: Anwar Diarah Bela Diri

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain