suria

Jenazah Ibu Datuk Seri Mustapa Mohamed Dikebumikan Di Bachok

BACHOK: Jenazah Allahyarham Setawa Mahmood, ibu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Badak Melawi, di sini, Ahad.

Mustapa, yang sebelum ini menyertai rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Qatar, tiba di sini hari ini dan sempat mengimamkan solat sunat jenazah ibunya di rumah mereka di Kampung Badak.

Jenazah kemudian dibawa ke Masjid An-Nur untuk disolatkan sekali lagi atas permintaan penduduk, selepas solat Zuhur.

Allahyarham Setawa, 80, meninggal dunia pada 7.30 malam semalam akibat sakit tua. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain