suria

APMM Rampas 592Kg Gula Pasir Cuba Diseludup Keluar Dari Tawau

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau merampas 592 kilogram gula pasir yang cuba diseludup keluar menggunakan bot jongkong dan feri penumpang dari Tawau dalam dua operasi.

Ketua Penguatkuasa APMM Tawau Komander Maritim Amran Daud berkata daripada jumlah itu, 442 kg dirampas dari sebuah feri yang dalam perjalanan dari sini ke Sungai Melayu, Pulau Sebatik, pada Jumaat.

Sebanyak 150 kg lagi dirampas dari sebuah bot jongkong yang juga dalam perjalanan dari sini ke Sungai Melayu kira-kira pukul 3 petang semalam, katanya. kepada Bernama, Ahad.

Beliau berkata dalam operasi kedua itu APMM turut merampas 140 liter petrol dan 93 kg minyak masak.

Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain