suria

Muhyiddin Tiba Di Kuantan Untuk Lawatan Kerja Sehari

KUANTAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Pangkalan Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pagi Sabtu bagi melakukan lawatan kerja sehari di sini.

Ketibaan beliau disambut Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan pemimpin kerajaan negeri Pahang.

Timbalan Perdana Menteri dijadual mengadakan tinjauan mesra selain menyertai program bersama warga pendidik dan menghadiri program bersama penduduk di Kuantan.

Timbalan Perdana Menteri akan memulakan lawatan ke program Sarapan 1Malaysia dan majlis ramah mesra bersama penduduk kampung Sungai Karang di perkarangan Masjid Sungai Ular pada pukul 9 pagi.

Pada 11.30 pagi, Muhyiddin akan menghadiri program bersama warga pendidik di Bahagian Teknologi Pendidikan Pahang.

Beliau kemudian akan beramah mesra dengan penduduk Kempadang, sebuah kampung nelayan sebelum menyertai program bersama masyarakat Cina dan tinjauan mesra di Kubang Buaya.

Pada sebelah malam, Muhyiddin akan melawat gerai-gerai di Midtown dan Taman Esplanade sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. -BERNAMA

Artikel Lain