suria

Kes Culik Rakyat Malaysia: PDRM Bincang Dengan Filipina

KUALA KUBU BARU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima maklumat berhubung penahanan seorang peniaga Malaysia yang dilaporkan diculik oleh 10 lelaki bersenjata di Filipina, Ahad lepas.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya telah menerima maklumat itu dan kini mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa di Filipina.

"Kita akan ambil tindakan susulan yang pastinya tidak akan menjejaskan keselamatan mangsa. Bagaimanapun, saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara ini dan rundingan sedang dibuat bersama pihak berkuasa di sana (Filipina)," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penutup latihan asas kepolisan untuk bekas tentera di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Kubu Baru, di sini, Sabtu.

Nazarudin Saidin, 38, dari Sungai Buluh, Selangor, dilaporkan diculik di Pulau Sulu di selatan Filipina.

Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Luar berkata ia akan terus memantau kes itu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina. -BERNAMA

Artikel Lain