suria

Isu Khinzir Mati Diguna Untuk Hasilkan Makanan Disiasat - Noraini

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan berhubung laporan sebuah televisyen tempatan berkaitan isu khinzir yang telah mati yang digunakan untuk menghasilkan makanan yang terproses.

Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Noraini Datuk Mohd Othman, berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan sekiranya laporan itu berasas, pihak yang terlibat boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 13A Akta Makanan 1983.

Dalam kenyataan di sini, pada Jumaat, beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan perkara itu supaya menyalurkan maklumat itu menerusi laman web bahagian itu di http://fsq.moh.gov.my. -BERNAMA

Artikel Lain