suria

Lelaki OKU Hilang Dua Hari Lepas Ditemui Mati

IPOH: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Matang Gerdu, Bagan Serai, 120 km dari sini dua hari lepas, ditemui mati dalam sebuah parit pagi Khamis.

Sukimi Dahalan, 45, ditemui dalam parit di kawasan kebun kelapa sawit 300 meter dari rumahnya oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat pada 9.25 pagi tadi, kata Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan.

Dia dilaporkan keluar dari rumahnya pada 6 pagi Selasa lepas.

"Mangsa di percayai tergelincir dan jatuh di dalam parit berkenaan lalu lemas. Polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah," kata Mat Fauzi. -BERNAMA

Artikel Lain