Klinik Kaunseling 1Mindef Satu Usaha Tangani Isu Prestasi Kerja Warga ATM - Semasa | mStar

Klinik Kaunseling 1Mindef Satu Usaha Tangani Isu Prestasi Kerja Warga ATM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan menubuhkan sebuah "Klinik Kaunseling 1Mindef" dalam usaha menangani isu berhubung prestasi kerja dan masalah psikologi yang dialami warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata klinik itu ditubuhkan bukan disebabkan warga kerja ATM mengalami masalah mental.

"Ia, antara lain, adalah untuk menangani masalah disiplin warga kementerian, antaranya membabitkan masalah ponteng kerja yang perlu diberi perhatian," katanya kepada pemberita selepas melancarkan klinik tersebut sempena majlis Anugerah Khidmat Cemerlang dan sambutan Hari Pekerja peringkat kementerian di sini, Khamis.

"Selain itu, ia juga lebih kepada psikologi untuk menangani tekanan yang dihadapi oleh mereka (warga kementerian) supaya dapat meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian Kementerian Pertahanan," katanya.

Ahmad Zahid menyifatkan penubuhan klinik itu sebagai produk baru kementerian bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan sokongan psikologi dalam mengoptimumkan keanjalan diri dalam aspek emosi, rohani dan spritual.

Klinik yang memulakan operasinya hari ini dibuka setiap Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang.

Ahmad Zahid berkata klinik itu dikendalikan beberapa pegawai psikologi profesional.

"Ia dibuka kepada seluruh warga kementerian baik orang awam atau tentera," katanya, sambil meminta mereka supaya tidak risau dengan apa yang mungkin diperkatakan orang lain.

Seramai 1,077 pegawai dan kakitangan awam serta 9,880 pegawai dan anggota tentera menerima anugerah khidmat cemerlang masing-masing.

Selain itu, 10 kakitangan awam yang bersara wajib tahun ini diberikan Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang Kementerian Pertahanan. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain