suria

Kerajaan Jejak Samseng Di Facebook

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri akan memburu kumpulan-kumpulan samseng yang merekrut remaja menyertai kumpulan dan kegiatan mereka melalui laman web sosial Facebook sehingga ke akar umbi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kegiatan gangster itu dianggap sebagai satu isu yang serius oleh kerajaan dan akan dibanteras seperti yang dilakukan pihak berkuasa terhadap masalah lain seperti kegiatan keganasan, jenayah antarabangsa, penyeludupan dadah dan aktiviti penggubahan wang haram.

"Kesemua kegiatan tersebut merupakan masalah negara dan juga masalah diperingkat antarabangsa," katanya.

Menurut Hishammuddin lagi, kementeriannya, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan bekerjasama membanteras kegiatan ini yang semakin berleluasa di seluruh negara ini.

"Badan-badan kerajaan ini mempunyai kepakaran di dalam bidang masing-masing dan mereka akan bekerjasama mencapai sasaran dalam mengatasi kegiatan ini", jelas beliau kepada pemberita.

The Star pada Selasa melaporkan kegiatan tidak bermoral kumpulan samseng merekrut ahli baru dari golongan remaja dan pelajar sekolah melalui laman web sosial Facebook.

Kumpulan-kumpulan gengster terbabit akan menagadakan akitiviti-aktiviti haram seperti pergaduhan berkumpulan dan lumba haram.

Mereka juga menawarkan perlindungan kepada remaja yang berminat menyertai mereka malah remaja-remaja tersebut juga disogok dengan minuman keras.

Terdapat juga dakwaan remaja yang tinggal di bandar-bandar besar di negara ini dijadikan sasaran utama kumpulan-kumpulan samseng ini.

Dalam masa yang sama, berita ini telah mengundang pelbagai reaksi masyarakat dan ramai pengguna Facebook menyampaikan rasa terkejut kerana pihak kerajaan tidak mengetahui kegiatan tersebut di laman web sosial.

Menurut mereka laman web ini telah berleluasa sejak kebelakangan ini dan mereka mahu kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas masalah ini.

Salah seorang daripada yang memberi reaksi, Manoharan Jayaraman mempersoalkan mengapa tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa sebelum ini.

Seorang lagi individu, Andy Ong memberitahu bahawa dia juga pernah mengalami perkara yang hampir sama di mana dia diminta memberi wang perlindungan oleh samseng di kawasan kejirananya.

"Jika saya tidak memberi wang perlindungan, samseng itu akan membuat kacau," kata Ong yang sudah berpindah dari kejiranan tersebut.

Artikel Lain