Anak Ketua Menteri Sarawak Sah Cerai - Semasa | mStar

Anak Ketua Menteri Sarawak Sah Cerai

KUALA LUMPUR: Anak kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib Abdul Taib dan isteri, Datin Seri Shahnaz A. Majid sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah di sini pada Rabu.

Mahmud, 48, melafazkan cerai terhadap Shahnaz, 48, yang juga merupakan kakak kepada penyanyi tersohor Datuk Sheila Majid, pada pukul 10.30 pagi.

Ketua Hakim Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan, Mohamad Abdullah mensabitkan gugur lafaz talak kali pertama dan memerintahkan Shahnaz untuk beredah selama tiga kali suci.

Terdahulu, Mohamad membenarkan Mahmud Abu Bekir untuk melafazkan talak selepas berpuas hati perkahwinan yang dibina pada 9 Januari 1992 telah berantakan dan tidak dapat diselamatkan.

Beliau juga dimaklumkan bahawa pasangan tersebut telah tidak menjalani kehidupan sebagai suami isteri selama hampir 11 tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anak Ketua Menteri Sarawak Sah Cerai

Artikel Berkaitan

default image

Harga RON95 Kekal

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

BN, PAS bentuk kerajaan baharu di Johor

Agong cari penyelesaian terbaik