suria

Dua Warga Myanmar Didakwa Membunuh

KUALA LUMPUR: Dua warga Myanmar berhadapan dengan hukuman mati mandatori selepas mereka didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas pertuduhan membunuh rakan senegara.

Salai Zaw Ki, 27, dan Pan Hung, 22, didakwa membunuh Peng Thung, pada antara pukul 12.30 tengah malam dan 3.20 pagi, 27 April lalu di tempat memproses tayar terpakai di Lot 526, Batu 6 1/2, Jalan Cheras, di sini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Abu Hassan Ramli mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Majistret Siti Shakirah Mohtarudin menetapkan sebutan semula kes pada 11 Julai depan untuk kehadiran jurubahasa Myanmar.

Artikel Lain