suria

Najib Terima Kunjungan Tiga Duta Besar Malaysia Yang Baru Dilantik

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin menerima kunjungan tiga Duta Besar Malaysia yang baru dilantik, di pejabatnya di sini.

Mereka ialah Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussain, Duta Besar Malaysia ke Sudan Mohd Ashri Muda dan Duta Besar Malaysia ke Oman Datuk Rustam Yahaya.

Sebelum pelantikannya, Nazirah ialah Ketua Pengarah (Perancangan Dasar dan Strategik) Kementerian Luar, manakala Mohd Ashri memegang jawatan Timbalan Ketua Protokol Kementerian Luar.

Rustam pula sebelum ini merupakan Penasihat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, United Kingdom.- BERNAMA

Artikel Lain