Empat Pelajar Perempuan Terlibat Kes Buli Digantung Serta Merta - Semasa | mStar

Empat Pelajar Perempuan Terlibat Kes Buli Digantung Serta Merta

PETALING JAYA: Empat orang pelajar sebuah sekolah menengah di Kepong yang dirakam sedang membuli seorang rakan sekelas mereka sebagaimana yang dimuatnaikkan di dalam rangkaian YouTube telah digantung persekolahan mereka berkuatkuasa serta merta.

Kejadian tersebut disahkan berlaku di SMK Raja Abdullah, Kepong. Hukuman yang dikenakan ke atas mereka ialah pengantungan selama 14 hari.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong mengesahkan perkara itu dalam twitternya, Isnin.

Beliau juga mengesahkan mereka yang terlibat akan diwajibkan melalui proses kaunseling.

“Satu pertemuan telah pun diadakan dengan Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan (Mohd Adenan Deraman), wakil pihak sekolah, mangsa buli dan juga wakil keluarganya untuk menangani isu ini," katanya.

Menurut Dr Wee, keluarga murid yang menjadi mangsa buli itu berpuas hati dengan tindakan segera yang diambil oleh pihak jabatan dan sekolah.

Malah katanya, selepas mendengar pandangan semua pihak, pihak jabatan juga bersetuju untuk menukar pelajar yang dibuli itu ke sebuah sekolah berdekatan.

Dr Wee berkata demikian sebagai mengulas insiden klip video tiga minit itu yang menunjukkan beberapa orang pelajar menarik dan memotong rambut seorang rakan sekelas mereka. Rakaman tersebut dimuatnaikkan dalam laman YouTube Sabtu lalu dan disiarkan oleh media massa pada Ahad.

Rakaman itu juga menunjukkan bagaimana mangsa turut dihentak dengan buku di kepala dan bagaimana lehernya ditarik dengan tali leher.

Rakaman itu turut menunjukkan bagaimana mangsa menagis teresak-esak dan memohon belas ehsan mereka yang membulinya tetapi rayuannya tidak diendahkan dan mereka terus membulinya dengan teruk.

Dalam pada itu, Mohd Adenan berkata, pihak jabatan memandang serius kejadian itu dan akan turut memberi bantuan kaunseling kepada pelajar yang menjadi mangsa itu.

Mohd Adenan juga memaklumkan bahawa pelajar-pelajar yang terlibat dalam kejadian itu telah pun memohon maaf kepada mangsa.

Ketua Polis Daerah Sentul, Penolong Komisioner Zakaria Pagan pula berkata, pihak polis ada menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan daripada salah seorang keluarga mangsa.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?