suria

Pilihan Raya Singapura: PAP Menang Enam SMC Setakat 1 Pagi Ahad

SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) memenangi enam Kawasan Pilihan Raya Keanggotaan Tunggal (SMC) setakat 1 pagi Ahad manakala sebuah parti pembangkang, Parti Pekerja (WP) menang di SMC Hougang.

Yaw Shin Leong daripada WP mengalahkan calon PAP Desmond Choo di Hougang, dengan meraih 64.81 peratus daripada undi yang sah.

PAP pula memenangi enam SMC iaitu Mountbatten, Whampoa, Radin Mas, Bukit Panjang, Joo Chiat dan Hong Kah North.

Laporan yang belum disahkan menyebut bahawa WP memenangi Perwakilan Kumpulan Kawasan Pilihan Raya (GRC) Aljunied namun tanda-tanda menunjukkan bahawa PAP akan mencatat kejayaan besar meskipun dengan majoriti yang berkurangan.

Sejumlah 82 daripada 87 kerusi menyaksikan pertandingan dalam pilihan raya itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Zaman SNAP Sudah Berakhir

Artikel Lain