suria

Lelaki Nigeria Ditahan, 36 Ketul Ganja Dirampas Di Balakong

KAJANG: Seorang lelaki rakyat Nigeria ditahan dan polis merampas 36 ketul ganja bernilai RM90,000 dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Balakong, di sini, Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang Supritendan Azman Ayob berkata lelaki berumur dalam lingkungan 20-an itu memasuki negara ini menggunakan pas pelajar dan dipercayai menyewa pangsapuri itu sejak tahun lepas.

Ganja yang diletakkan dalam beberapa buah beg itu dipercayai untuk diedar di pasaran tempatan di sekitar Lembah Klang dan 36 ketul dadah yang dianggar 1kg setiap satu itu boleh diguna oleh kira-kira 7,000 hingga 8,000 penagih, katanya.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata serbuan pada pukul 6.30 petang itu dilakukan oleh unit Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain