Pembekuan Kursus Baru Perubatan Disokong - Semasa | mStar

Pembekuan Kursus Baru Perubatan Disokong

KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyambut baik keputusan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menghentikan sementara penawaran kursus baru bidang perubatan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Presidennya Dr David Quek berkata melalui keputusan moratorium itu, IPT mempunyai masa yang mencukupi untuk menghasilkan graduan perubatan yang berpengalaman dan berkualiti.

"Lulusan perubatan tidak dapat dihasilkan dalam tempoh singkat, tanpa perancangan yang mencukupi seperti tenaga pengajar, kemudahan latihan dan bahan klinikal, ia mustahil.

"Ini juga kepada ibubapa dan pelajar yang berminat mengikuti bidang perubatan bahawa untuk bergelar seorang doktor, bukan jalan mudah. Tanpa jalan kepakaran yang mencukupi ia akan menjadi susah kelak," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam mengenai keputusan moratorium itu di IPTA awam dan swasta di mana penawaran kursus baru dihentikan untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa 1 Mei lepas. Mohamed Khaled berkata sehingga 31 Jan, terdapat 33 IPT membabitkan 11 IPT Awam dan 22 IPT Swasta yang menawarkan kursus pengajian perubatan peringkat sarjana muda.

Moratorium itu dilaksanakan segera berdasarkan kepada peningkatan ketara bilangan graduan perubatan yang dikeluarkan IPT, kompetensi pegawai perubatan siswazah, tenaga pengajar dan Hospital Pengajar.

Pengerusi Majlis Dekan-Dekan Perubatan IPT Awam Prof Datuk Dr Nik Mohd Nasri Nik Ismail berkata majlis dekan sebulat suara bersetuju dengan keputusan itu ekoran tempat bagi kursus perubatan di negara ini sudah mencukupi.

Malah, katanya, persetujuan bersama dekan-dekan fakulti perubatan semua IPTA sudah dicapai sebelum Menteri mengumumkannya semalam.

"Jadi kami menyokong sepenuhnya keputusan itu, selepas melihat situasi bidang perubatan di negara perlu dikawal.

"Kira-kira 33 buah IPTA dan IPTS yang menawarkan kursus perubatan ini, dan ia mencukupi untuk menampung keperluan doktor perubatan pada masa hadapan.

Dr Nik Mohd Nasri yang juga merupakan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia berkata bagi tempoh pembekuan, IPTA perlu menggunakan peluang ini untuk terus meningkatkan dan memperkasa bidang perubatan di fakulti masing-masing.

Katanya majlis itu akan terus meneliti keputusan itu selepas tiga tahun, sama ada pembekuan kursus ini masih wajar ketika itu.

"Tiga tahun kita tengok situasi nak terus bekukan atau tidak, majlis dekan akan bincang dengan Jabatan Pengajian Tinggi dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC)," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain