suria

Muhyiddin Terima Kunjungan Empat Duta Baru

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat menerima kunjungan empat Duta Besar Malaysia ke luar negara yang baru dilantik.

Mereka ialah Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Nazirah Hussain, Duta Besar Malaysia ke Mexico Datuk Jamaiyah Mohamed Yusof, Duta Besar Malaysia ke Sudan Mohd Ashri Muda dan Duta Besar Malaysia ke Oman Datuk Rustam Yahaya.

Sebelum pelantikannya, Nazirah adalah Ketua Pengarah (Perancangan Dasar dan Strategik) Kementerian Luar, manakala Jamaiyah pula Besar Malaysia ke Senegal.

Sementara Mohd Ashri pula sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Protokol Kementerian Luar, manakala Rustam adalah penasihat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, United Kingdom. -BERNAMA

Artikel Lain